lightning-solid
Berita :
STPM, STAM Capai Keputusan Cemerlang, ADUN Titip Doa Ke IPTA
STPM, STAM Capai Keputusan Cemerlang, ADUN Titip Doa Ke IPTA
Hidayah Azlin
1 hari yang lepas
73

SETIU, 18 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dato’ Dr Azman Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan rasa bangga atas pencapaian cemerlang pelajar-pelajar di DUN Jabi yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Beliau meluahkan rasa syukur dan gembira atas kejayaan anak-anak muda di kawasan berkenaan yang membuktikan kesungguhan serta komitmen tinggi dalam menuntut ilmu.

Menurutnya, kejayaan yang dicapai itu merupakan langkah permulaan bagi melangkah ke alam persekolahan yang lebih tinggi dan mencabar.

"Perjalanan masih jauh. Doa Pok Cik Man agar semua anak-anak mendapat tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) untuk melanjutkan pelajaran selepas ini," katanya.

Beliau berkata demikian bersempena Majlis Anugerah Kecemerlangan STPM dan STAM yang berlangsung dengan meriah di Dewan Serbaguna Kerandang, Jabi.

Majlis berkenaan diadakan bagi meraikan usaha gigih para pelajar, selain memberi penghargaan kepada ibu bapa dan guru-guru yang menjadi pendorong utama di sebalik kejayaan anak-anak Jabi.

Anugerah kecemerlangan tersebut diharapkan dapat menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk terus mengukir kejayaan di peringkat pengajian tinggi sekali gus berbakti kepada masyarakat dan negeri pada masa hadapan.


Tag :

Artikel Berkaitan