Sebat di Khalayak : Tiada Isu Islamofobia, Selari Prinsip Islam - Ketua Hakim Syarie
HULU TERENGGANU, 11 Ogos - Acara Sukan Air di Temasya 'Tranung Kite' 2024 yang berlangsung dari 8 hingga 10 Ogos di Kuala Berang telah berjaya mengimbau nostalgia warga desa dengan pelbagai aktiviti dan pameran yang mengangkat seni serta budaya tempatan.
Antara tarikan utama temasya berkenaan adalah acara yang melibatkan elemen air termasuk Panjat Tiang Licin, Tangkap Belut Pukul Bantal dan Tarik Tali Dalam Air.
Pertandingan lain seperti Pertandingan Ayam Serama Terbuka, Deklamasi Sajak Oghang Ulu turut menarik perhatian pengunjung.
Pengunjung juga berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan seni dan budaya yang memberi mereka kesempatan untuk merasai kembali suasana kampung serta tradisi lama yang telah lama dilupakan.
Kuala Berang dipilih sebagai lokasi temasya disebabkan kedudukannya yang strategik, membolehkan pengunjung menikmati keindahan pesisir sungai dan destinasi menarik seperti Tasik Kenyir.
Kejayaan acara ini turut didorong oleh penyertaan aktif komuniti tempatan serta penggiat seni yang terlibat dalam pelbagai aktiviti budaya.
Acara ini memberikan impak ekonomi yang positif kepada masyarakat tempatan dengan menjana pendapatan sebanyak RM700 ribu melalui sewaan, jualan, bayaran persembahan, dan hadiah pertandingan.
Temasya ini juga memberikan platform kepada penggiat seni budaya tempatan untuk meneruskan kreativiti mereka dan memartabatkan warisan negeri Terengganu.
Pengunjung juga berpeluang menyaksikan pameran gajah yang dikenali sebagai Indah, berumur 27 tahun di hadapan pintu temasya berkenaan.