• 18 Okt 2024 | 15 Rabiul Akhir 1446

SUKSEM: Boling Padang Sumbang Emas Kedua Terengganu

KUALA NERUS, 17 Oktober - Pasukan Boling Padang SUK Terengganu muncul juara setelah menewaskan Pahang 5-0 dalam perlawanan akhir Kejohanan Boling Padang Sukan SUK Se-Malaysia kali ke-9 (SUKSEM IX), hari ini.

Kejayaan itu menyaksikan skuad berkenaan menyumbang pingat emas kedua buat kontinjen Terengganu, selepas pasukan badminton meraih pingat pertama dalam perlawanan pagi tadi.

Dalam perlawanan di Lawn Bowls Arena Terengganu petang ini, skuad Hanelang berdepan tentangan sengit pelawat seawal permainan.

Namun, kesemua regu berjaya kembali mendominasi perlawanan untuk muncul juara.

Manakala, tempat ketiga dimenangi Perak yang menewaskan Johor 4-1.

Majlis penyampaian hadiah dan piala disempurnakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pembangunan), Dato' Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.

Bersama-sama beliau menyampaikan pingat kemenangan ialah TSUK (Pengurusan) Pahang; Dato' Dr Mohd Zakaria Ibrahim dan TSUK (Pengurusan) Perak; Dato' Nor Sham Rahman.

Hadir sama, ketua kontinjen Terengganu yang juga merupakan Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan; Yusaini Amir Mohamad Nor, Setiausaha Bahagian Perancang Ekonomi Pahang; YM Tengku Dato' Asmaliza Ku Lah serta Pegawai Daerah dan Tanah Kuala Terengganu, Azran Amin Mazlan.

 


Tag: