Sultan Mizan Berkenan Sempurnakan Istiadat Pembukaan Sidang DUN Ke-15

KUALA TERENGGANU, 1 Oktober-  Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Ketibaan baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Speaker DUN Terengganu, Dato' Mohd Nor Hamzah dan Timbalan Speaker, Khazan Che Mat.

Persidangan DUN Ke-15 mencipta sejarah berikutan kemenangan Perikatan Nasional (PN) yang memenangi kesemua 32 kerusi yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Ogos lalu.

Ia sekali gus menyaksikan tiada wakil pembangkang dalam DUN bagi penggal kali ini.