• 25 Okt 2024 | 22 Rabiul Akhir 1446

Sultan Terengganu Solat Jumaat Di Masjid Jamek Gong Pok Jin Mengabang Telipot


Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini berangkat bagi menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek, Kampung Gong Pak Jin, MengabangTelipot, Kuala Nerus.

Yang Di-Pertuan Muda Terengganu,  Tengku Muhammad Ismail turut berangkat sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengiringi Sultan Mizan dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu.


Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato'
Shaikh Harun Shaikh Ismail juga hadir bersama.

Hadir sama ialah Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail dan Pegawai Penyelaras Tepoh, Rosli Omar.

Sultan Mizan Zainal tiba kira-kira jam 1.05 tengahari disambut oleh Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farouk Hussin dan Ahli Jawatankuasa masjid.

Masjid Jamek asalnya dibina pada 2003 dan solat Jumaat pertama adalah pada 11 April 2003.

Masjid ini kemudiannya siap dinaik taraf dan boleh digunakan pada 22 September 2006 .

Sultan Mizan turut berkenan menyampaikan  zakat  Maidam kepada Masjid Jamek Kg Gong Pak Jin yang diterima oleh wakil jawatankuasa masjid berkenaan, Mohd Ayub Sidek.

Sementara Solat Jumaat pula diimamkan oleh Imam 1, Sidek Abu Bakar  dan bilal Yahya Tahir.


Tag: