Sultanah Nur Zahirah Kurnia Sumbangan Raya

SultanahTerengganu, Sultanah  Nur Zahirah mengurniakan sumbangan di majlis pengurniaan sumbangan Aidilfitri di Kompleks YTNZ, Kampung Tanjung Bunut, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra

Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) meneruskan tradisi saban tahun menyumbang sumbangan Aidilfitri apabila meraikan 150 golongan kurang bernasib baik sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi.

Berkenaan berangkat bagi mengurniakan sumbangan, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Baginda diiringi anakanda, Nur Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YTNZ dan Pengerusinya, Datuk Ridzuan Radziwill.


Ridzuan berkata, pada tahun ini, YTNZ mempunyai kedudukan kewangan yang lebih baik hasil sumbangan beberapa badan korporat dan juga hasil jualan songket dari penenun di yayasan itu.

Justeru katanya, pihaknya mahu berkongsi sedikit rezeki dengan penenun desa dan juga warga Kuala Terengganu yang terdiri daripada golomgan asnaf bagi menyeampaikan sedikit sumbanmgan kewangan serta hamper sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi.

“Kami berharap supaya dapat meneruskan tradisi memberi sumbangan ini pada tahun-tahun akan datang,”katanya selepas majlis pengurniaaan sumbangan itu, di Kompleks YTNZ, Kampung tanjung Bunut, Kuala Terengganu, hari ini.

Menurut Ridzuan lagi, YTNZ yang ditubuhkan pada 2007 di bawah naungan Tuanku Nur Zahirah bermatlamat memperbaiki taraf hidup melalui warisan dengan menciptakan peluang pekerjaan bagi penenun dan pekerja seni.

Tambahnya, selain menyediakan peluang pekerjaan, YTNZ juga membantu dari segi kewangan dengan membeli hasil tenunan penenun desa yang dianggarkan berjumlah lebih 1,000 pengusaha di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus termasuk di pejabat terletak Tanjung Bunut dan juga Chendering.



Tag: