Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Kitchen Sdn Bhd (T-Kitchen) bakal memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat pemasaran produk makanan halal terkemuka, Brahim SATS Food Services Sdn Bhd pada 6 Disember ini di Kuala Lumpur.
Pengurus Besar T-Kitchen, Tengku Zulkarnain Awalludin berkata, pihaknya sebelum ini pernah berbincang untuk bekerjasama dengan syarikat tersebut untuk meningkatkan pasaran nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku keluaran T-Kitchen.
“Pada 6 Disember ini, satu permeteraian kolaborasi akan dilakukan dan bakal disaksikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
“Kolaborasi ini akan membolehkan produk T-Kitchen iaitu nasi dagang dan keropok lekor sejuk beku dipasarkan di dalam syarikat penerbangan komersial dalam dan luar negeri serta di dalam keretapi milik Keratapi Tanah Melayu (KTM) dalam rangkain Brahim,” katanya kepada Teganukita.
Nasi dagang dan kerepok lekor sejuk beku T-Kitchen tersebut mula diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2015 dan baru-baru ini mula memasuki pasaran London apabila 10,000 pek makanan itu dieksport ke sana.