Artikel "Semasa" Terkini
Banjir Di Terengganu Pulih, Semua PPS Ditutup
KUALA TERENGGANU, 5 Mac- Semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di Terengganu ditutup sepenuhnya hari ini.
Tiga PPS di daerah Hulu Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan Menerong di Kampung Gunung, Dewan Institut Felcra Betong dan Felcra Gunung Menerong menjadi PPS terakhir yang ditutup secara rasminya pada...
05 Mar 22
552
Tanah Runtuh, Aliran Puing Punca Kayu Hanyut Di Kenyir
KUALA TERENGGANU, 3 Mac - Hujan lebat mencecah 1,000 milimeter dan aliran puing menjadi punca berlakunya banjir serta kegelinciran tanah di kawasan Sungai Terengganu berhampiran Stesen Janakuasa Hidroelektrik Sultan Mahmud, Tasik Kenyir pada Ahad lalu.
Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, siasatan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu kelmarin...
03 Mar 22
2465
9,732 Mangsa Banjir Terengganu Masih Di PPS
KUALA TERENGGANU, 3 Mac - Seramai 9,732 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 2 petang tadi.
Kesemua mangsa daripada 2,491 keluarga itu ditempatkan di 35 PPS di lima daerah negeri ini membabitkan Hulu Terengganu, Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa...
03 Mar 22
535
'Bukan Sebab Pembalakan, Tapi Tanah Runtuh'
'Bukan pembalakan, tapi berlaku tanah runtuh," itu respon ringkas penduduk di Kampung Belukar Bukit, Mamat Ali, ketika ditanya mengenai dakwaan songsang segelintir pihak berhubung punca banjir teruk di kawasan terbabit.
03 Mar 22
361
Bantuan Banjir Kekal
Bantuan banjir kekal kepada mangsa yang terjejas banjir sebagaimana diumumkan ketika gelombang pertama.
03 Mar 22
404
PETRONAS Sumbang RM400 Ribu Misi Bantuan Banjir Di Terengganu Dan Kelantan
KEMAMAN, 3 Mac - PETRONAS menyerahkan sumbangan bernilai RM400,000 bagi menggerakkan misi bantuan kepada mangsa banjir di lapan daerah di Terengganu dan Kelantan.
Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, M Ahmad Shazly Ramli, berkata pihaknya sentiasa prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir yang terjejas dan berharap agar sumbangan ini dapat...
03 Mar 22
875
SK Sungai Berua Ibarat Dilanda Tsunami
HULU TERENGGANU, 3 Mac – Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Berua disini musnah teruk dan boleh diibaratkan seperti dilanda tsunami selepas dibadai kepala air ketika banjir melanda daerah itu.
Guru Besarnya, Zaidi A. Ghani berkata, kejadian itu berlaku dengan sekelip mata apabila kesemua barangan dan peralatan di sekolah itu tidak dapat...
03 Mar 22
1879
Rumah Baharu Untuk Mangsa Banjir Hilang Kediaman - Maliaman
HULU TERENGGANU, 3 Mac - Kerajaan negeri memperuntukkan RM60,000 membina semula rumah kediaman seorang penduduk yang musnah sepenuhnya akibat banjir di Kampung Belukar Bukit, Ajil baru-baru ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata pembinaan rumah baharu berkenaan akan dibuat secepat mungkin selepas siap proses tanah dengan Pejabat...
03 Mar 22
1596
Pengusaha Bot Pulau Kapas Bantu Mangsa Banjir
Sekumpulan pemandu bot peranginan termasuk pengusaha dari Pulau Kapas mengambil langkah proaktif mengangkut dan memindahkan mangsa banjir yang terperangkap di sekitar Kuala Berang.
03 Mar 22
376
Jumlah Mangsa Banjir Terengganu Menurun
Mangsa banjir di Terengganu mencatat penurunan kepada 16,070 orang petang ini, berbanding 17,742 orang jam 8 pagi tadi, berikutan keadaan cuaca semakin baik.
03 Mar 22
432