lightning-solid
Berita :
"Takkan Tak kenal Saya?" - UAI Sangkal Video Palsu AI Puji PMX
"Takkan Tak kenal Saya?" - UAI Sangkal Video Palsu AI Puji PMX
Husaif Mamat
1 jam yang lepas
41

KUALA TERENGGANU, 10 Disember - Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menegaskan bahawa video tular yang memaparkan suara seakan-akan dirinya memuji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah palsu dan tidak pernah diucapkannya.

Dalam satu kuliah di Kemaman baru-baru ini, UAI secara terbuka menegur penyebaran video tersebut dan menyifatkannya sebagai satu rekaan dusta yang dibuat menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Beliau berkata, orang ramai sepatutnya sudah mampu membezakan antara suara asli dan suara tiruan yang cuba meniru dirinya.

“Ada suatu video di media sosial, (orang tanya) ustaz duduk puji Perdana Menteri asli atau palsu.

“Takkan tak kenal saya siapa, tak munasabah. Itulah palsu nak rekaan dusta semata-mata,” katanya.

597607163_1427553782274989_4942068993212331441_n.jpg 177.82 KB
Jelas beliau, penyebar video tersebut sengaja mencipta kekeliruan dalam kalangan masyarakat dengan menggunakan teknik tiruan suara bagi tujuan tertentu.

“Laknat Allah atas sekalian orang yang berbohong,” jelas beliau lagi

Beliau menyeru orang ramai agar sentiasa menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum mempercayai atau menyebarkannya, terutama dalam era teknologi AI yang semakin mudah disalahgunakan.

Video palsu itu sebelum ini mencetuskan kekeliruan di media sosial apabila ia memaparkan suara yang didakwa milik UAI memuji Perdana Menteri, sekali gus mengundang pelbagai reaksi netizen.


Tag :

Artikel Berkaitan