Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
Pengerusi TDM Berhad, YM Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin berkata sementara itu penyelarasan EBITDA yang direkodkan bagi separuh tahun pertama 2019 adalah berjumlah RM32.4 juta berbanding dengan separuh tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM34.0 juta.
Katanya, berdasarkan kepada prestasi, bahagian Penjagaan Kesihatan terus kukuh pada separuh tahun pertama dimana pendapatan meningkat sebanyak 16 peratus dan jumlah pelarasan keuntungan sebelum cukai, faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) juga turut meningkat sebanyak 61 peratus berbanding tahun sebelumnya.
“Bahagian perladangan mencatatkan pendapatan yang rendah bagi separuh tahun pertama 2019 iaitu sebanyak 21 peratus dimana berkemungkinan besar disebabkan oleh penurunan harga Minyak Sawit Mentah (CPO) dan juga Isirong Sawit (PK) di mana masing-masing sebanyak 18 peratus dan 42 peratus. Walaubagaimanapun, terdapat peningkatan yang dapat dilihat pada separuh tahun pertama 2019 dari segi harga minyak sawit iaitu CPO dan juga PK meningkat sebanyak 16 peratus dan lapan peratus berbanding separuh tahun sebelumnya,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah YM Raja Dato’ Idris lagi, pihaknya akan terus melancarkan Rancangan Penciptaan Nilai (VCP) untuk mengukuhkan lagi platform bagi pertumbuhan yang mampan dalam jangka masa yang panjang.
“Dengan pelaksanaan VCP ini, kami berharap dapat mencapai pelarasan EBITDA yang lebih baik berbanding tahun yang lalu dan kami juga telah menjalankan beberapa pendekatan VCP yang sama bagi operasi di Kalimantan.
“Walaupun kami memperolehi hasil yang lebih rendah bagi separuh tahun pertama 2019, sebahagian daripada VCP operasi kami di Kalimantan berada di landasan yang tepat bagi mencapai target pemulihan yang telah kami sasarkan bagi tahun 2019,” ujarnya.
Sementara itu, bahagian Penjagaan Kesihatan terus menunjukkan peningkatan prestasi yang tinggi dalam pendapatan sepanjang tempoh iaitu peningkatan sebanyak 15 peratus dan pelarasan EBITDA mencatatkan pertumbuhan sebanyak 30 peratus berbanding tahun lalu.
“Ini adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah bilangan pesakit luar dan pesakit dalam sebanyak 11 peratus dan tujuh peratus berbanding tahun lepas. Jumlah bilangan hari pesakit dalam yang tertinggi adalah sebanyak 10 peratus turut menyumbang kepada prestasi kewangan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
“Selain itu, terdapat peningkatan jumlah bilangan katil daripada 92 kepada 122 dan juga pembukaan Pusat Kardiologi di Kuantan Medical Centre turut menyumbang kearah positif kepada bahagian penjagaan kesihatan pada tahun 2019,” katanya lagi.
Menurut YM Raja Dato’ Idris, pihaknya amat gembira dengan prospek yang membolehkan mereka menjayakan suku kedua bagi tahun ini yang telah memberi galakan dengan melihat momentum yang sedia ada dan juga perancangan strategik serta usaha dalam bidang operasi yang telah diterap melalui portfolio kesemua hospital.
“Kami yakin bahawa prestasi kami akan terus meningkat dengan adanya penambahahan bilangan katil hospital yang beroperasi dan ini memberi peluang yang lebih besar untuk kami terus berkembang,” jelasnya.
Beliau juga berkata, disebabkan oleh persaingan yang kuat dan juga situasi yang tidak dapat dijangka, Kumpulan telah mengambil langkah yang optimis dalam mengekalkan kestabilan prestasi di bahagian operasi bagi kewangan tahunan 2019.
“Di bahagian perladangan, kami amat berdedikasi dalam agenda kelestarian dimana sijil RSPO dan MSPO yang kami perolehi telah membolehkan kami untuk menikmati premium yang lebih baik daripada untung jualan CSPO dan CSPK kami termasuk memberi fokus dalam mengoptimumkan kos pengeluaran, meningkatkan produktiviti operasi dan memulihkan pengeluaran yang mampan sekaligus meningkatkan keuntungan pada permintaan masa hadapan di bahagian perladangan dan juga bahagian penjagaan kesihatan.
“Prestasi bagi suku kedua boleh dijadikan sebagai gambaran kepada potensi sebenar projek kami yang akan datang. Pembukaan Pusat Kardiologi yang baru di Kuantan Medical Centre yang telah kami jayakan pada awal tahun ini, turut menyumbang kepada peningkatan yang memberangsangkan kepada TDM, dan kami menjangkakan pertumbuhan yang positif pada tahun yang akan datang,” tambahnya.