Berita :
Tengku Muhammad Ismail Dilantik Pemangku Raja Terengganu
Tengku Muhammad Ismail Dilantik Pemangku Raja Terengganu
Husaif Mamat
4 jam yang lepas
1022

KUALA TERENGGANU, 12 April - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melantik Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Muhammad Ismail sebagai Pemangku Raja Terengganu mulai 15 April 2026 ini. 

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, upacara pemasyhuran pelantikan Pemangku Raja itu telah diadakan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur. 

Jelas Setiausaha Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu, Istana Syarqiyyah, Dato’ Azmal Azaddin, pelantikan tersebut dibuat berikutan Sultan Terengganu akan beristirahat daripada semua tugas serta atur cara rasmi atas nasihat pegawai perubatan. 

"Sehubungan itu, sambutan Hari Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu yang akan disambut pada 26 April 2026, termasuk semua istiadat, atur cara dan program berkaitan, ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diumumkan kemudian," katanya.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan