Kipre (dua dari kiri) sentiasa dikawal ketat pemain pertahanan Selangor. TFC menang 1-0 mengalahkan Selangor di Stadium Sultan Nasiruddin Shah malam semalam. |
TFC mempunyai banyak peluang menarik untuk menjaringkan gol ketika pertahanan Selangor agak rapuh dan mudah dibolosi pemain lawan.
Antara percubaan menarik adalah tendangan ayam tambatan TFC, Brice Hermann Tchétché Kipré dalam kotak penalti gol Selangor namun terkena palang pada minit ke 85.
Cubaan kedua Kipre pada minit ke 87 di luar kotak penalti, melepasi palang gol.
Sehingga tambahan masa satu minit separuh masa pertama, kedua-dua pasukan masih gagal mencipta gol, walaupun beberapa percubaan menarik dibuat ke pintu gol lawan masing-masing.
Bagaimanapun pada minit ke 90 separuh masa kedua, TFC dapat mencipta gol apabila bola terkena tubuh Sarkunan, terus menembusi pintu gol Selangor.
Dalam aksi itu, kerapuhan benteng pertahanan skuad The Red Giants menerima padah apabila dibolosi pada minit terakhir permainan menerusi jaringan sendiri Sarkunan yang jelas membangkitkan kemarahan pengendali pasukan Selangor, B. Satianathan.
Pengendali pasukan Selangor meluahkan kekecewaannya terhadap benteng pertahanan pasukannya yang jelas gagal berkomunikasi dengan baik dan menyebabkan mereka gagal meraih sekurang-kurangnya satu mata dalam perlawanan itu.
Beliau memuji permainan TFC kerana pemain Sang Penyu itu sentiasa berlari mendapatkan bola sehingga menyebabkan pemain Selangor sentiasa kehilangan bola.
Dia memberitahu, pasukannya bukan sahaja gagal bertahan dengan baik malahan gagal mencipta serta menyudahkan peluang yang ada.
“Kami memang tidak layak untuk menang dalam perlawanan ini kerana banyak pemain tidak bermain dengan baik, kawalan bola tidak cukup kemas dan banyak menunggu bola berbanding berlari.
“Memang saya tidak berpuas hati dengan sejumlah besar pemain dalam perlawanan ini dan selepas ini kami akan terus beri fokus kepada latihan,” katanya selepas tamat permainan.
Antara percubaan menarik adalah tendangan ayam tambatan TFC, Brice Hermann Tchétché Kipré dalam kotak penalti gol Selangor namun terkena palang pada minit ke 85.
Pemain Sang Penyu meraikan kemenangan 1-0 ke atas Selangor di minit ke-90. |