Program dihadiri lebih 2,000 tetamu itu diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Jamek, Tok Jembal, Kuala Nerus, petang tadi.
Hadir sama, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Sri Alwi Ibrahim.
Tetamu kehormat lain, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; ketua-ketua pengarah jabatan dan pemimpin setempat.
Program turun padang itu bertujuan mengeratkan silaturahim sesama penduduk serta mengimarahkan masjid.
Sebelum berbuka puasa Zahid bersama Ahmad Razif sempat menyampaikan sumbangan kepada kira- kira 100 anak yatim dan mendengar tazkirah agama.
Timbalan Perdana Menteri turut menunaikan Solat Maghrib berjemaah, sebelum ke Masjid Bukit Besar, Kuala Terengganu untuk menunaikan Solat Terawih.