lightning-solid
Berita :
Terengganu Saji 13 Acara Utama, Lebih 100 Aktiviti 'Pikat' Pelancong Tahun 2026
Terengganu Saji 13 Acara Utama, Lebih 100 Aktiviti 'Pikat' Pelancong Tahun 2026
Mohd Irsyadi Abu Bakar
1 jam yang lepas
84

KUALA NERUS, 15 Disember - Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) melancarkan Kalendar Acara Tahunan (COE) 2026 yang menghimpunkan lebih 100 aktiviti pelancongan dan kebudayaan sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris berkata, penyediaan Kalendar Acara Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu 2026 adalah signifikan kerana ia menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 dan menjadi persediaan penting untuk memperkukuh momentum pelancongan menjelang Tahun Melawat Terengganu 2027. 

"Kalendar ini menghimpunkan 13 acara utama (signature events) dan 100 acara sampingan (side events) yang akan dilaksanakan di seluruh daerah dan disusun mengikut lima kluster pelancongan negeri iaitu Kuala Terengganu, Pantai dan Pulau, Kenyir Geopark, Alam Semula Jadi, serta Seni, Budaya dan Warisan. 

"Suka untuk saya ingatkan bahawa pelancongan adalah merupakan salah satu daripada imej negeri. Kualiti penganjuran acara adalah gambaran terhadap profesionalisme kita. 

MSR_0653.jpg 1.52 MB
"Oleh itu saya menyeru kepada semua agar dapat memastikan acara yang dilaksanakan adalah secara tertib, berhemah dan berkualiti. Semua acara hendaklah mematuhi Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu bagi menjaga sensitiviti tempatan, keharmonian masyarakat dan imej Islam sebagai dasar negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan COE Terengganu 2026 di Raia Hotel, di sini hari ini.

Razali turut barharap agar inisiatif pelancaran COE Terengganu 2026 dapat menyumbang kepada kejayaan Tahun Melawat Malaysia 2026 serta menjadi batu loncatan menuju kemuncak pelancongan negeri pada Tahun Melawat Terengganu 2027. 



Tag :

Artikel Berkaitan