Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Terengganu Sambut Baik Idea Pembangunan Pelancongan Negeri
Ariffin beramah mesra bersama penggiat pelancongan yang hadir. |
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri menzahirkan ucapan terima kasih atas percambahan pandangan dan respon yang diperoleh.
"Hari ini, walaupun dengan masa yang terhad, kami dapat mendengar beberapa pandangan dan respon ringkas yang menarik.
Tourism Talk tampilkan panel-panel berkredibiliti mengupas potensi pelancongan Terengganu. |
"Kami akan menggunakan pengalaman dan pandangan pakar-pakar pelancongan ini demi pelancongan negeri Terengganu," katanya ketika ditemui pemberita.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Beautiful Terengganu sempena Tourism Talk di D'Saji Titiwangsa, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Ab Rasid Jusoh serta wakil-wakil Tourism Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pelancongan.
Jamuan turut diadakan bagi meraikan Syawal yang masih ada. |
Ariffin memberitahu, kerajaan negeri bersedia memperbaiki isu-isu yang diutarakan berkaitan industri berkenaan dalam usaha memaksimumkan sumber negeri sebagai produk pelancongan.
"Kita juga akan mengadakan bengkel-bengkel dengan memanggil pakar-pakar seperti ini untuk mencambah pandangan dari masa ke masa," katanya.