lightning-solid
Berita :
Terengganu Siap Siaga Hadapi Gelombang Kedua Banjir
Terengganu Siap Siaga Hadapi Gelombang Kedua Banjir
Adli Mohamad
13 jam yang lepas
172

MARANG, 14 Disember - Kerajaan Terengganu kini dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) gelombang kedua.

Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setiap kali tibanya musim tengkujuh adalah menjadi kelaziman bagi memastikan bencana banjir dapat diurus dengan sebaik-baiknya.

"Alhamdulillah kita di negeri Terengganu ini, persiapan untuk menghadapi banjir ini ditangani oleh pihak kerajaan dengan semua pihak melibatkan agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

"Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan seluruh komuniti tahu peranan masing-masing,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, semasa meninjau hakisan parit belakang asrama Madrasah Darul Quran, di sini, hari ini.

Mengulas lebih lanjut, Dr. Samsuri berkata, gelombang pertama banjir telah pun berlalu dan baru sahaja berakhir dan dapat dihadapi dengan tenang.

"Kita berharap supaya apa jua kelemahan yang ada dapat kita hadapi dengan selamat, insya-Allah," ujarnya.


Tag :

Artikel Berkaitan