Kerajaan negeri mengenal pasti kira-kira 5,900 lot tanah di seluruh Terengganu untuk ditawarkan kepada rakyat bagi membina rumah sebagai usaha menangani masalah perumahan.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengiklanan tanah-tanah kosong kediaman kepada rakyat negeri ini yang berkelayakan dan tidak memiliki tanah sebelum ini, akan dibuat selewat-lewatnya Ogos ini.
“Kita sudah mengenal pasti 5,900 lot tanah di seluruh negeri yang akan diiklankan dalam masa terdekat untuk dipohon oleh mereka yang layak.
“Awal bulan depan kita akan iklankan di seluruh pejabat tanah dan pusat khidmat DUN serta melalui media,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agong Kesatuan Penolong Pegawai Tanah Semenanjung Malaysia (KPPTSM)Perhubungan Negeri Terengganu Kali Ke-39 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.
Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Hussin Tengku Abdul Jalil serta Yang Dipertua KPPTSM, Mohd Fauzi Ngah.
Menurut Ahmad Razif, konsep pembahagian lot-lot tanah ini adalah mengikut kaedah yang sama sepertimana pembahagian rumah mampu milik.
“Program ini akan diberikan kepada mereka yang cukup syarat termasuk daripada segi gaji, status perkahwinan serta belum mempunyai tanah sendiri.
“Syarat-syarat lain akan ditentukan pihak pentadbir tanah dan kepada mereka yang pohon, yang layak akan dipanggil menjalani temuduga dan bagi permohonan yang diluluskan perlu membina rumah dalam tempoh tiga tahun selepas permohonan mereka berjaya,"katanya.
Katanya, program ini adalah satu cara menangani masalah 3P yang merangkumi pendapatan, pekerjaan dan perumahan serta menjadi fokus kerajaan bagi membantu rakyat mengatasi masalah berkenaan.
Sementara itu Ahmad Razif berkata, bagi mereka yang tergolong dalam kategori miskin, kerajaan negeri menyediakan bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dengan peruntukan keseluruhan bernilai RM64 juta.
“Sebanyak 40,000 unit akan dibina dan kita sudah memberi peruntukan kepada setiap DUN untuk bina dan baiki iaitu sebanyak RM2 juta untuk setiap DUN.
“Kepada mereka yang dapat tanah tetapi tidak mampu membina rumah, boleh memohon bantuan rumah PPRT,” ujarnya.
Menurut Ahmad Razif lagi, sehingga kini, Daerah Setiu merekodkan tanah paling banyak kosong yang boleh dibangunkan kediaman serta bagi yang berminat untuk memohon perlu memenuhi syarat yang ditetapkan termasuk perlu menjelaskan bayaran 10 peratus daripada nilai sebenar tanah berkenaan.