Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Terengganu Tuan Rumah Ekspedisi Sumber Air Negara 2019
Peserta bergambar sebelum memulakan ekspedisi. |
HULU TERENGGANU, 9 September - Terengganu membuka tirai Ekspedisi Sumber Air Negara 2019 sebagai tuan rumah, hari ini.
Berlangsung di Tasik Kenyir sebagai lokasi utama, Terengganu dipilih sebagai tuan rumah ketiga bagi acara tahunan itu selepas Perak dan Kedah.
Peserta yang tiba semalam disambut dengan dipakaikan persalinan Melayu. |
Program berkenaan melibatkan 77 peserta terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dari seluruh negara, institusi pengajian tinggi (IPT), Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta agensi keselamatan dan media.
Para peserta akan menjelajah ke beberapa lokasi, antaranya Gua Bewah, Santuari Kelah, Stesen Jana Elektrik Kenyir dan Loji Rawatan Air Hulu Terengganu.
Lawatan itu bertujuan memberi pendedahan tentang kepentingan sumber air, ekosistem selain mengukuhkan kesedaran untuk memelihara sumber air yang ada.
Ekspedisi tersebut turut melawat beberapa lokasi menarik negeri Terengganu sebagai 'serampang dua mata' mempromosikan negeri berkenaan kepada pengunjung luar.