DUNGUN, 22 Mei- Anggota masyarakat diingatkan agar terus menjaga SOP walaupun negara kini telah memasuki fasa endemik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata,  walaupun Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberi kebenaran orang ramai untuk berhimpun tetapi mereka sepatutnya menjaga kebersihan diri.

"Kita jaga kita, teruskan menjaga SOP yang ditetapkan, bila berada di tempat tertutup, pakai topeng muka, " katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mengalu-alukan tetamu yang menghadiri majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Rantau Abang yang diadakan di tapak Pasar Minggu Padang Pulut di sini, semalam. 

Majlis itu turut dihadiri Pegawai Penyelidik Pejabat Menteri Besar Terengganu, Azman Shafawi Abdul Rani dan Naraza Muda serta Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik serta Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.

Sementara itu, Azman Syafawi mengajak umat Islam untuk merebut ganjaran berpuasa enam hari dalam bulan Syawal yang seolah-olah berpuasa setahun.

"Memang sangat banyak dugaan untuk melaksanakannya memandangkan hampir setiap hari ada jemputan rumah terbuka.

"Kita buatlah samada puasa pada hari Isnin dan Khamis ke, atau macamana asalkan cukup enam hari, alangkah ruginya kalau kita  tidak berusaha mendapatkannya," katanya.

 


Tag: