KUALA NERUS, 17 September - Terengganu FC (TFC) terpaksa melepaskan hasrat untuk mara ke suku akhir Piala FA 2026 selepas tewas 1-3 kepada Brunei DPMM FC (DPMM) pada aksi timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Kekalahan itu menyaksikan TFC tersingkir dengan agregat 4-5 selepas sebelum ini mencatat kemenangan 3-2 ke atas DPMM pada aksi pertama.

Dalam babak separuh masa pertama itu juga, TFC hampir dihukum buat kali kedua pada minit ke-32 selepas DPMM hampir menggandakan kelebihan, namun percubaan tersebut tidak menepati sasaran.
Tuan rumah bagaimanapun kembali bernafas lega apabila Manuel Gelito Ott meledak gol penyamaan pada minit ke-44 untuk menjadikan kedudukan 1-1 sebelum tamat babak pertama.

Miguel Angelo Agonstinho Oliveira meletakkan DPMM di hadapan sekali lagi pada minit ke-53 apabila meledak gol kedua pasukan sebelum Jordan David Murray menambah derita TFC dengan jaringan ketiga pada minit ke-64.
Kedudukan 1-3 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan, sekali gus menamatkan perjalanan TFC dalam saingan Piala FA 2026.
