Pegawai Syariah Malaysia Sokong Terengganu Sebat Pesalah Khalwat di Masjid
Tiada Yang Terpinggir
Isteri ADUN Chukai, Zahiyah menziarahi Rosmira yang menghidap penyakit fibroid dan menyampaikan sumbangan. |
KEMAMAN, 11 November - Masyarakat yang kurang bernasib baik akan mendapat pembelaan sewajarnya daripada agensi dan jabatan kebajikan kerajaan.
Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai, Zahiyah Rahman berkata, pihaknya bersama kepimpinan setempat termasuk Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) akan turun sendiri melihat golongan masyarakat yang kurang bernasib baik ini.
"Semoga mereka semua mendapat bantuan sewajarnya daripada agensi-agensi kerajaan tertentu, seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).
"Seperti biasa juga kami akan turut sertai dalam program ziarah bersama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-Mits) DUN Chukai untuk memastikan tiada rakyat yang terpinggir,"katanya.
Turut Hadir, Pembantu Hal Ehwal Wanita, (i-MiTS) DUN Chukai, Fatimah Ismail dan Pembantu Penyelia Hal Ehwal Wanita, (i-MiTS), Noor Reha Jusoh.
Menurut Zahiyah, kerajaan negeri menyediakan peruntukan yang besar menerusi Tabung Darul Iman untuk membantu pesakit kronik dan mangsa bencana yang benar-benar memerlukan pembelaan.
Sementara itu, dalam lawatan baru-baru ini, beliau mengunjungi Abdulllah Ali, 71, yang mengalami strok sejak tiga bulan lalu lalu, manakala anaknya Mohamad Samsuari, 52, pula sakit batu karang dalam hempedu sejak tiga tahun.
Seorang lagi penduduk yang sempat dikunjungi, Rosmira Omar, 48, mengalami sakit fibroid.
Sementara itu, Noor Reha memberitahu kes berkenaan akan segera dipanjangkan kepada JKM dan MAIDAM untuk tindakan selanjutnya.
''Saya berharap bantuan dan kunjungan ini sedikit sebanyak dapat membuka jalan penyelesaian dan meringankan beban mereka,"katanya.