Khairil Ikmal Danial Zamzuradi |
Shahir Aqil Shahrun |
Ahmad Daniel Firdaus Zubir |
KEMAMAN - Kegembiraan tujuh orang sahabat mandi-manda di Pantai Teluk Kalong, Kemaman, bertukar tragedi apabila tiga daripada mereka dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan ombak dalam kejadian pada jam 6.30 petang, semalam.
Ahmad Daniel Firdaus Zubir, penuntut Universiti MSU, Kuala Lumpur , Khairil Ikmal Danial Zamzuradi, penuntut Politeknik Kota Baharu,Kelantan dan Shahir Aqil Shahrun, penuntut Politeknik Sultan Ibrahim, Johor , yang kesemuanya berusia 19 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika sedang mandi bersama empat lagi rakannya yang lain.
Ketika kejadian, kesemua mereka yang tinggal di daerah kemaman datang ke pantai tersebut pada jam 5.00 petang untuk berkelah sempena menghabiskan cuti perayaan Hari Raya Aidiladha dan turun untuk mandi di pantai tersebut pada jam 6.00 petang.
Ahmad Haikal Zaaba |
"Mula-mula kawan saya (mangsa) cuba menolong namun dia turut hanyut dan seorang lagi cuba menolong namun turut dihanyutkan ombak dan selepas itu kami cuba menolong namun kami juga hampir dihanyutkan ombak menyebabkan kami berpatah semula ke darat untuk meminta bantuan.
"Lima minit kemudian penduduk kampung datang untuk memberikan bantuan dan cuba mencari dengan menggunakan dua bot namun ombak besar menghalang bot dari keluar dari situ dan selepas itu ketiga-tiga kawan saya sudah tidak kelihatan," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai , Penguasa Kanan Bomba, Zailani Mohamad ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam berkenaan kejadian tersebut pada jam 6.24 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama beberapa orang anggota.
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang melakukan pencarian " surface " bagi mencari ketiga - tiga mangsa yang lemas. |
Menurut Zailani, operasi mencari dan menyelamat pada sebelah malam dilakukan di sepanjang persisir pantai bersama kekuatan 55 orang anggota dari pelbagai agensi bermula dari lokasi kali terakhir ketiga-tiga mangsa dilihat .
"Operasi kita pada malam tadi diteruskan lagi dengan membuat peninjauan di sekitar .radius lima ratus meter di kanan dan kiri lokasi terakhir dipercayai lemas dan keanggotaan dan operasi pada malam ini dibantu oleh lain-lain agensi seperti pihak polis dan juga dari pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta pihak Maritim Malaysia," katanya.
Operasi mencari dan menyelamat di laut dimulakan pada jam 7.00 pagi hari ini melibatkan pencarian di dasar laut pada skala radius yang besar serta aktiviti penyelaman akan dilakukan di sekitar kawasan lokasi ketiga - tiga mangsa hilang.