Oleh :Nooreni Abu Bakar

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan memulihkan dan menghidupkan kembali projek-projek tinggalan kerajaan terdahulu yang tidak mencapai objektif dari segi pelaksanaannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim berkata projek-projek tersebut telah dibuat penilaian semula dan sebahagian besar daripadanya masih berdaya maju dan memberi manfaat kepada rakyat.

"Maka kita akan teruskan, jadi bila kita nak teruskan projek yang sedia ada dengan makna infrastrukturnya sudah ada, strukturnya sudah ada, tempatnya sudah ada," jelasnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Jabi itu, memberitahu demikian ketika bersiaran di TV UPDI menerusi rancangan 'Kabor Royak' di sini pada 2 Januari.

" Sebab itu ianya tidak memerlukan perbelanjaan yang besar, kita cuma susun balik, buat pemutihan, kaji balik dari segi perjalanan operasi.

" Kalau perlu kita masukkan peserta-peserta baru dengan kaedah pengurusan baru, kita lakukan supaya projek-projek ini kita boleh manfaatkan kepada rakyat," katanya lagi.

Menurutnya, diantaranya Projek Lembah Kaprima, Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Projek Kelapa Matap di Kumbang Puyu dan Langkap, Projek Ternakan Ikan di Sungai Comot Tasik Kenyir dan beberapa projek-projek mega lain.

" Infrastrukturnya dibina menggunakan ratusan juta wang rakyat tetapi tidak dapat dimanfaatkan secara sebaiknya," ujar beliau.


Tag: