Sidang Kemuncak Antarabangsa Terengganu Kecam Genosid di Palestin
KUALA TERENGGANU, 1 Julai - Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun namun meletakkan satu syarat.
Ketua Pemudanya, Mohd Nasir Abdul Razak menjelaskan, pelaksanaan pendaftaran mengundi secara automatik apabila cukup umur mengundi adalah syarat yang perlu dilaksanakan oleh Perdana Menteri.
Jelasnya, perkara itu sangat penting bagi memudahkan rakyat Malaysia yang layak mengundi terutama pengundi kali pertama melaksanakan tanggungjawab berkenaan.
“Tsunami politik yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU-14) lepas, DPPNT melihat kesedaran dan kematangan golongan muda yang cakna terhadap politik sehingga mampu merubah pentadbiran kerajaan.
“DPPNT bersetuju usul had kelayakan umur tersebut namun kami mendesak dengan meletakkan syarat bahawa kerajaan Pakatan Harapan perlu melaksanakan pendaftaran secara automatik,” ujarnya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya hari ini.
Tambahnya, DPPNT sangat yakin cadangan tersebut juga akan disokong parti lain sama ada dalam Pakatan Harapan atau Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang ingin melihat perubahan dalam negara ini.
“Persetujuan itu seiring dengan peredaran zaman yang menuntut pembaharuan dalam arus semasa yang menyaksikan pengundi muda berminat dalam landskap politik tanah air,” katanya lagi.
Difahamkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membentangkan usul untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun dalam sidang dewan rakyat yang bermula hari ini.
Difahamkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan membentangkan usul untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun dalam sidang dewan rakyat yang bermula hari ini.