Syarikat Terengganu, Chicken Cottage Buka 'Outlet' ke-67 di London
Ahmad Razif menyerahkan sumbangan kepada Azizulhasni . Foto Tg Syamim Tg Ismail |
Kerja- kerja pembinaan Velodrom Azizulhasni di Dungun yang dirancang sejak beberapa tahun lalu, akan dimulakan dalam tempoh terdekat
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata velodrom bernilai kira-kira RM12 juta itu akan dibina di atas tanah seluas 12 hektar di Kampung Balai Besar, di Dungun dan dijangka siap sepenuhnya pada 2020.
"Dengan terbinanya velodrom ini, ia sekali gus menjadi kebanggaan rakyat Terengganu kerana memiliki prasarana sukan bertaraf antarabangsa di daerah ini.
"Selain itu, kita harap usaha ini dapat melahirkan lebih ramai pelapis berpotensi untuk mewakili negara dalam sukan lumba basikal di kejohanan peringkat antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peletakan Batu Asas Velodrom Terengganu di Dungun, petang ini.
Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Ahmad Razif Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.
Velodrom itu dibina sebagai menghargai jasa pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang juga anak jati Dungun kerana berjaya mengharumkan nama negara hingga ke pentas dunia dalam acara lumba basikal.