TIS 2024: Lima Teras Bangun Kesatuan & Solidariti Keamanan Global
Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli. |
Ini kerana katanya, pemimpin hebat bercakap tentang idea manakala pemimpin biasa bercakap tentang (kesalahan) orang.
"Mereka asyik menyalahkan orang dengan mengatakan kononnya, orang ini tak betul, kerajaan itu tak betul. Sepatutnya kita bercakap tentang idea," jelasnya ketika bangun membahas Usul Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mengenai Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau turut mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat menyelesaikan kos sara hidup rakyat di bandar dan luar bandar.
"Apakah teras dan kerangka untuk kita bincangkan bagaimana kita boleh mengurangkan kos sara hidup rakyat.
"Sepatutnya itu isu yang utama tetapi kita berbincang tentang orang lain, tentang kerajaan ini salah, kerajaan itu salah, sepatutnya kita bincang tentang idea (penyelesaian masalah rakyat dan negara)," ujarnya lagi.
Justeru, beliau ingin tahu bagaimana perancangan kerajaan baru bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Begitu juga bagaimana Kerajaan Pusat merancang untuk menyelesaikan masalah kemiskinan di negeri-negeri pantai timur dan pantai barat di Semenanjung Malaysia, Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).
"Apakah perancangan yang nak dibuat untuk kepentingan kita mengeluarkan rakyat yang berada di paras kemiskinan, di bandar dan luar bandar?" soalnya lagi.
Kerajaan Pusat perlu fokus menyelesaikan masalah kemiskinan di kalangan T20, M40 dan B40.
Katanya rakyat di kelompok B40 dipercayai telah berperanan menukar kerajaan lama kepada kerajaan baru sekarang.
"Namun rakyat (termasuk golongan B40) dibebankan dengan SST setelah dihapuskan GST.
"Rakyat sedang menunggu janji-janji kerajaan baru tentang bagaimana usahanya untuk menurunkan harga minyak dan harga barang," katanya.