Berita :
YBC Santuni Hampir 130 Saudara Baharu Sempena Ramadan
YBC Santuni Hampir 130 Saudara Baharu Sempena Ramadan
Mastura Jamal Din
7 jam yang lepas
55

KEMAMAN, 6 Mac – Seramai hampir 130 saudara baharu (mualaf) diraikan dalam satu program santuni komuniti tersebut di daerah ini yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan ukhuwah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato' Hanafiah Mat berkata, pertemuan berkenaan menjadi platform penting untuk mendekati golongan mualaf selain memberi sokongan kepada mereka yang memilih Islam sebagai pegangan hidup.

Menurutnya, program tersebut bukan sekadar pertemuan biasa, sebaliknya ruang untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan persaudaraan sesama umat Islam.

“Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menyantuni serta beramah mesra bersama hampir 130 orang saudara baharu di Kemaman.

“Pertemuan ini bukan sekadar satu program, tetapi ruang untuk mengeratkan ukhuwah dan memberi sokongan kepada mereka yang memilih jalan Islam sebagai pegangan hidup,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Dalam pada itu, Hanafiah merakamkan penghargaan kepada Persatuan Persaudaraan Islam Negeri Terengganu (PPINT) Kemaman atas kerjasama dalam menjayakan program tersebut.
Katanya, dalam keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini, beliau berharap silaturahim yang terjalin akan terus diperkukuhkan dan setiap amal kebajikan yang dilakukan mendapat ganjaran daripada Allah SWT.


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan