Haji Mohd Fazil bertemu Firdaus di Kampung Telaga Batin. |
KUALA NERUS - Ziarah menjadi tumpuan utama dalam memastikan kebajikan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir terjaga.
Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Haji Mohd Fazil berkata, lawatan hari ini menemukan Ahmad Firdaus Abdul Rahman yang ‘viral’ di media sosial akibat bertukar kasut dengan saudaranya untuk ke sekolah kerana kesempitan hidup yang dihadapi oleh keluarganya.
“Alhamdullilah sumbangan dihulurkan bagi membantu keluarga adik Ahmad Firdaus ini.
“Saya berharap semoga adik Ahmad Firdaus terus berjaya dalam bidang pelajaran.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu ziarah di kediaman Firdaus di Kampung Telaga Batin,Seberang Takir, kelmarin (23 September).
Tambahnya, beliau mengharapkan Firdaus dapat berjaya pada masa hadapan dan membanggakan keluarga.
"Semoga Firdaus dapat menjadi anak yang dapat membanggakan keluarganya," ujarnya.