lightning-solid
Berita :
100 Anak Asnaf DUN Manir Ceria Terima Kelengkapan 'Back To School'
100 Anak Asnaf DUN Manir Ceria Terima Kelengkapan 'Back To School'
Ahmad Mawardi
1 hari yang lepas
68

HULU TERENGGANU, 6 Januari – Seramai 100 anak-anak asnaf dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir diraikan dalam satu majlis penuh bermakna bagi memastikan persiapan sesi persekolahan 2026 mereka lebih ceria dan teratur.

Menerusi Majlis Sumbangan Kebajikan “Back to School” hasil inisiatif Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Manir semalam, setiap pelajar terpilih menerima sumbangan berupa beg sekolah baharu, bekas makanan serta wang tunai berjumlah RM100 seorang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Hilmi Harun berkata bahawa misi utama program tersebut adalah untuk membantu dan menyuntik semangat dan keyakinan kepada para pelajar sebelum melangkah ke gerbang sekolah bagi kalendar akademik akan datang.

"Pelaburan dalam pendidikan generasi muda adalah kunci utama kepada pembentukan masyarakat yang sejahtera dan berdaya saing pada masa hadapan. 

"Kami berharap bantuan kecil ini mampu memberi impak besar kepada mereka," katanya ketika merasmikan majlis tersebut semalam.

609182039_1480427370755088_6308003183516154299_n.jpg 704.81 KB
Dalam pada itu, PKM DUN Manir turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan strategik yang menjayakan program berkenaan seperti TDM Berhad, Iman Care, Golden Pharos Berhad serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain yang terlibat.

Kerjasama erat tersebut membuktikan keprihatinan pelbagai pihak dalam membantu meringankan beban kewangan keluarga yang kurang berkemampuan, terutamanya ketika mendepani musim persekolahan.

Program tahunan itu merupakan antara komitmen berterusan PKM DUN Manir dalam memastikan kebajikan komuniti setempat sentiasa terjaga, khususnya dalam aspek pemerkasaan pendidikan anak-anak asnaf.


Tag :

Artikel Berkaitan