lightning-solid
Berita :
100 Pelajar Sekolah Rendah Terima Bantuan Awal Sekolah
100 Pelajar Sekolah Rendah Terima Bantuan Awal Sekolah
Naim Fadhilah Kamaruddin
07 Jan 26
191

DUNGUN, 8 Januari - Seramai 100 pelajar sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura menerima bantuan awal persekolahan menerusi Program 'Back to School' bagi meringankan beban ibu bapa dalam membuat persiapan menghadapi sesi persekolahan baharu.

IMG_9085.jpg 1.94 MB
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin berkata, program tersebut khusus menyasarkan pelajar yang benar-benar memerlukan, terutama dalam situasi kos persekolahan yang semakin mencabar ketika ini.

“Kalau seorang anak, sekitar RM200 diperlukan untuk beli semua keperluan sekolah. Kalau ada lima anak, dah mencecah RM1,000. Kalau sembilan anak, bolehlah dikira sendiri,” katanya waktu menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian tersebut.

IMG_9015.jpg 1.72 MB
Menurut beliau, program itu merupakan hasil sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada KMI Kuala Terengganu Medical Center dengan kerjasama NGO Iman Care, yang bersama-sama menyalurkan bantuan kepada pelajar terpilih di DUN Sura.

Tambahnya, disebabkan kekangan tertentu, bantuan tidak dapat disalurkan kepada semua pihak, justeru pemilihan penerima dibuat melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di setiap kampung.

“Kita minta JPKK pilih anak-anak yang betul-betul susah supaya bantuan ini dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam menghadapi permulaan sesi persekolahan,” katanya.

Dr Fakhruddin turut berharap agar sumbangan yang diterima dapat menjadi sumber motivasi kepada anak-anak untuk terus belajar dan bercita-cita tinggi.

“Sebagai contoh di KMI Kuala Terengganu Medical Center sendiri, ekosistem hospital bukan hanya melibatkan doktor semata-mata, tetapi turut merangkumi jururawat, fisioterapi, pembantu perubatan dan pelbagai lagi bidang profesional,” katanya.

Beliau dalam masa sama merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada KMI Kuala Terengganu Medical Center serta NGO Iman Care atas keprihatinan dan komitmen membantu pelajar kurang berkemampuan di kawasan DUN Sura.


Tag :

Artikel Berkaitan