'Alasan Dangkal, Naif' - Pensyarah Bidas Jawapan Menteri Abai Masjid?
12 ETA Anjur Program CSR Bersih Pantai Rantau Abang Terengganu
DUNGUN, 17 Jun - Program Pembantu Pengajar Bahasa Inggeris Fulbright (ETA) buat julung kalinya menganjurkan program berbentuk kesedaran marin, dengan harapan para pelajar akan lebih memahami serta prihatin terhadap langkah yang sepatutnya dijalankan demi menjaga spesis penyu ini dari terancam.
Penyelaras Program, Cole Riggan dari North Carolina yang juga tenaga ETA di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serating berkata selain membantu pengajaran bahasa Inggeris di sekolah, ETA juga menjalankan pelbagai aktiviti berbahasa Inggeris termasuklah projek khidmat masyarakat (CSR).
Menurutnya, ilham untuk program CSR ini datang apabila melihat bagaimana kepupusan penyu yang berlaku akibat pencemaran di sepanjang pantai yang merupakan habitat untuk binatang ini mendarat dan bertelur.
"Saya berpendapat penyu adalah ikon Terenggganu yang berhadapan dengan pelbagai ancaman seperti dari manusia dan pencemaran alam sekitar termasuk pembuangan sampah.
"Inilah yang kami ingin tekankan dalam diri pelajar yang terlibat dalam program kali ini tentang menjaga alam sekitar agar kehidupan marin seperti penyu terpulihara,"ujarnya.
Cole Riggan |
Seramai 80 pelajar dari SMK Serating, Marang bersama 12 ETA iaitu dua dari Pahang menyertai program pembersihan itu bagi membantu memastikan pesisir pantai bersih dan selamat untuk kehidupan penyu.
Mohammad Fathullah. |
“Apa sahaja pergerakan objek di kawasan pendaratan dianggap sebagai gangguan dan ancaman oleh hidupan laut itu,” jelasnya.
Katanya, dari semasa ke semasa, program berkaitan kesedaran awam untuk melindungi, menyelamat dan memulihara habitat penyu daripada tercemar sentiasa dijalankan oleh FRI Rantau Abang, Pejabat Perikanan Negeri dan Daerah serta Jabatan Perikanan.
“Ini termasuklah usahasama menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu turut dijalankan oleh syarikat swasta, badan bukan kerajaan di Malaysia dan sekolah-sekolah yang terdapat di Terengganu," ujarnya.