• 18 Okt 2024 | 15 Rabiul Akhir 1446

1,500 Pek Daging Korban Diagih Kepada B40

Oleh : Syahida Mohd

KUALA NERUS, 20 Jun – Sebanyak 1,500 pek daging korban telah diagihkan kepada rakyat kurang berkemampuan dalam Majlis Korban Perdana Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh yang diadakan di Surau Kampung Pak Tuyu semalam.

ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, sebanyak 10 ekor lembu dan dua ekor kerbau telah dikorbankan dalam majlis tersebut.

“Sebanyak tiga ekor lembu juga telah berjaya dikorbankan dalam satu majlis ibadah korban yang diadakan sehari sebelumnya di Kampung Sungai Ikan,” katanya kepada pemberita ketika majlis berkenaan.

Tambah Hishamuddin, terdapat beberapa agensi lain yang turut menyumbangkan lembu korban sempena majlis tersebut.

“Bagi pihak DUN Tepoh, kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Terengganu Inc, Ladang Rakyat, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), EPIC dan GPQ Sdn Bhd yang menyumbang lembu korban sempena majlis kali ini,” tambah beliau.

Selain itu, terdapat pelbagai pihak lagi yang turut menjayakan majlis tersebut dari melapah, membungkus dan mengagihkan daging. 

“Antaranya adalah Pengerusi dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) , Ulama’ PAS Dun Tepoh, Muslimat PAS Dun Tepoh, Pemuda PAS Dun Tepoh, Ameerah Dun Tepoh, Jabatan Amal, jamaah Surau Kg Pak Tuyu serta seluruh penduduk sekitar,” ujarnya.

 

 


Tag: