Program Pengurus Kediaman yang diperkenalkan menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan itu secara professional di seluruh Terengganu.
Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa, berdasarkan rekod seramai 167 majikan mendapatkan perkhidmatan itu sejak diperkenalkan pada Mac 2015.
Manakala 184 individu yang berkelulusan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada golongan ibu tunggal, belia dan suri rumah dilatih menjadi Pengurus Kediaman secara profesional.
Katanya, ada majikan ingin mendapatkan dua orang pengurus kediaman sekali gus bagi menguruskan kediaman mereka secara professional.
“Faktor itu berkemungkinan bayaran pendahuluan yang dikenakan agak murah iaitu hanya kira-kira RM2,000 bagi setiap pengurus kediaman berbanding sehingga RM14,000 yang perlu dibayar untuk mendapat perkhidmatan warga asing.
“Kebanyakan keluarga mahukan Pengurus Kediaman bagi menjaga ahli keluarga uzur, mengasuh anak dan mengurus kediaman,”katanya ketika dihubungi Teganukita.
Menurutnya, menyedari hakikat itu, pihaknya meneruskan program sama dengan peruntukan tambahan daripada kerajaan negeri berjumlah RM1 juta.
“Pelbagai program diatur dengan kerjasama Kolej Inforana, termasuk kursus selama 10 hari, promosi, program kecergasan, bengkel pengkhususan perkhidmatan, bengkel celik IT dan program motivasi yang dijalankan secara berperingkat-peringkat.
“Pelbagai keistimewaan ditawarkan kepada kepada yang layak, termasuk diitawarkan gaji minima RM1,000 sebulan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman Perkeso, Insurans berkelompok, kemudahan Taska Permata Keluarga YPKT secara percuma,”katanya.