Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
Mohd Ayub Ariffin melawat gerai masakan di Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan tersebut. |
Seramai 200 pelajar dari Ranaco Education And Training Institute (RETI) Kijal menyambut Hari Kemerdekaan bersama Pejabat Penerangan Kemaman.
Ketua Eksekutif Ranaco, Mohd Ayub Ariffin berkata, program ini merupakan kerjasama Ranaco dan Pejabat Penerangan Kemaman sebagai kesinambungan menyemarakkan sambutan hari penting negara ini.
“Setiap kali program menyambut hari kemerdekaan ini, kami mengadakan pelbagai aktiviti dan persembahan serta pameran yang berunsurkan kemerdekaan.
“Antara aktiviti dan persembahan yang dilakukan setiap kali menyambut kemerdekaan adalah pidato, persembahan menyanyi berkumpulan, pameran silat, gerai masakan dan lain-lain lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Ranaco bersama Pejabat Penerangan Kemaman yang diadakan di Ranaco Kijal, semalam (29 Ogos).
Menurut Mohd Ayub, persiapan program kali ini mengambil masa selama dua hingga tiga hari bagi menjayakan pengisian aktiviti persembahan tema merdeka.
“Pada hari ini juga ramai di kalangan Ranaco yang menyumbang tenaga serta idea untuk persiapan program ini sehingga terlaksana program yang meriah.
“Saya berharap Pegawai Penerangan Daerah Kemaman, Affendi Ahmad dapat membantu membawa bukti program ini dihantar ke peringkat kebangsaan,” katanya.
Sementara itu, Mohd Ayub berkata, pihak Ranaco menghias dan menggantung 100 bendera di dewan dan memberi pelajar 200 bendera.
“Kelainan yang kami akan bawa ke peringkat lebih tinggi adalah menonjolkan bakat kulinari pelajar Ranaco untuk menghias bentuk bendera dengan menggunakan makanan dan boleh dimakan selepas dekorasi,” katanya.