2,460 Murid Jerteh Terima Bantuan Persekolahan

BESUT, 2 Disember - Seramai 2,460 murid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh memperolehi Bantuan Persekolahan bagi tahun 2021 dalam Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan DUN Jerteh di Dewan Masjid Hadhari, baru-baru ini.

Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, jumlah tersebut merupakan penerima terakhir bagi Parlimen Besut dengan harapan agar bantuan berkenaan dapat meringankan beban ibu bapa pelajar-pelajar.

"Alhamdulillah, hari ini kita (Jerteh) DUN yang terakhir yang meneruskan agenda kebajikan kepada rakyat dalam menyampaikan bantuan persekolahan.
 

"Bantuan ini dilaksanakan bagi meringankan beban ibubapa terutama dalam kelangsungan pembelajaran anak-anak secara bersemuka. 

"Samada ia digunakan untuk membeli pakaian sekolah atau kelengkapan yang lain. Adalah diharapkan agar bantuan ini dapat memberi semangat baru buat anak-anak ke sekolah," katanya.


 

 


Tag: