lightning-solid
Berita :
400 Nelayan Cukai Terima Sumbangan
400 Nelayan Cukai Terima Sumbangan
Ezani Razali
2 jam yang lepas
42

KEMAMAN, 27 Januari - Seramai 400 orang nelayan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai telah menerima sumbangan wang tunai, beras dan barangan dapur bagi meringankan beban dan membantu mereka menghadapi gelombang musim tengkujuh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Dato' Hanafiah Mat berkata program sebegitu telah menjadi rutin setiap tahun untuk diadakan.

"Musim tengkujuh datang bersama ujian yang bukan kecil. Para nelayan di sini tidak dapat turun ke laut, sumber rezeki utama mereka terhenti sementara.

"Sedikit bantuan ini mungkin tidak mampu menggantikan hasil tangkapan yang hilang, namun saya harap ia sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka sekeluarga," ujarnya ketika ditemui pemberita hari ini.

WhatsApp Image 2026-01-27 at 1.28.05 PM.jpeg 301.09 KB
Katanya lagi, program tersebut telah diadakan dalam dua peringkat.

"Peringkat pertama seramai 300 orang menerima sumbangan di pekarangan Surau Haji Muda, Kampung Geliga. 

"Manakala 100 orang lagi menerima dalam program peringkat kedua yang diadakan di pekarangan Pejabat ADUN Cukai, baru-baru ini," ujarnya.

Hanafiah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, berkata pihaknya akan terus berusaha memastikan kebajikan para nelayan dan keluarga mereka sentiasa terbela.

"Moga Allah permudahkan segala urusan mereka serta melindungi semua daripada sebarang musibah,"ujar beliau.

WhatsApp Image 2026-01-27 at 1.28.04 PM.jpeg 199.5 KB


Tag :

Artikel Berkaitan