Pembatalan Pertemuan Anwar-Prabowo: Ahmad Amzad Desak Penjelasan Segera
45 PDM Di Marang Selesai Diadili
Sebanyak 45 Pusat Daerah Mengundi (PDM) dalam Parlimen Marang selesai diadili pada pertandingan Pusat Daerah Mengundi peringkat DUN yang bermula 1 Januari, berakhir 15 Januari lalu.
PDM yang dinobatkan sebagai Johan dan Naib Johan layak mewakili DUN pada pertandingan sama peringkat Parlimen yang diadakan selama tiga hari, bermula 2 Februari lalu.
Keputusan di peringkat Parlimen telah menobatkan PDM Wakaf Tapai selaku Johan dan Naib Johan disandang oleh PDM Atas Tol..
Pengerusi Panel Hakim Roslan Ngah berkata semua cawangan bersatu hati dan membuat gerak kerja yang bersungguh-sungguh demi memastikan PDM masing-masing menjadi yang terbaik.
Katanya, satu keputusan terbaik telah diambil apabila pertandingan dianjurkan antara DUN untuk mewakili Parlimen Marang.
“Untuk DUN Alur Limbat terdapat sembilan PDM dipertandingan dan johan dimenangi oleh PDM Padang Midin manakala Naib Johan PDM Tasek,”katanya kepada Teganukita
Manakala bagi pertandingan PDM Bukit Payong pula sebanyak 10 PDM menyertai pertandingan. Johan dimenangi oleh PDM Atas Tol manakala Naib Johan PDM Bukit Payong.
Dun Rhu Rendang sebanyak 11 PDM bertanding . Johan (PDM Pulau Kerengga) manakala Naib Johan PDM Rhu Muda.
Bagi pertandingan antara DUN Pengkalan Berangan disertai 15 PDM. Johan (PDM Padang Mengkuang), Naib Johan ( PDM Wakaf Tapai).
Bagi PDM yang di Pusat Daerah Mengundi yang johan dan naib johan peringkat DUN akan bertanding di Peringkat Parlimen.