Berita :
55 Pelajar Dirai Tanda Penghargaan
55 Pelajar Dirai Tanda Penghargaan
Rohayati Ripin
1 jam yang lepas
108

Oleh : Anuar

BESUT, 25 Mei – Seramai 55 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 telah diraikan dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan atas kejayaan mereka, selain memberi galakan untuk terus mengekalkan kecemerlangan dalam akademik serta kehidupan.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh berkata, kejayaan para pelajar bukan sahaja membanggakan diri sendiri, malah turut memberi kebanggaan kepada keluarga, sekolah dan masyarakat setempat.

 “Kejayaan tidak datang dengan mudah. Dengan kesungguhan, disiplin yang tinggi dan teknik serta kaedah pembelajaran yang baik, Alhamdulillah kejayaan akhirnya tercapai. 

“Anak-anak pelajar yang diraikan hari ini telah membuktikan bahawa usaha yang berterusan akan membuahkan hasil yang manis,’ jelasnya ketika berucap dalam program Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2025 di Dewan Sivik Kampung Baharu, semalam.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para guru dan  ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan dan pengorbanan tanpa henti sehingga anak-anak berjaya mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

 “Guru mendidik dengan penuh keikhlasan dan kesabaran, manakala ibu bapa pula sentiasa berkorban tenaga, masa dan wang demi memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik.

"Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil usaha bersama," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji pencapaian Negeri Terengganu yang terus mengekalkan prestasi membanggakan dalam keputusan SPM 2025 dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42.

 Menurut Azbi, kejayaan tidak datang dengan mudah, sebaliknya menuntut usaha berterusan, disiplin tinggi dan teknik pembelajaran yang berkesan.

 “Anak-anak pelajar juga perlu menghargai jasa guru dan ibu bapa yang menjadi tulang belakang kejayaan mereka,” katanya.

 Beliau turut mengingatkan bahawa pelajar hari ini merupakan pelapis kepimpinan masa depan yang perlu memiliki ilmu, akhlak dan jati diri yang kukuh.

 



Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan