6,000 Ahli UMNO Terengganu Ke Bukit Jalil




Hampir 6,000 ahli UMNO  termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Terengganu hadir pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-71 yang  berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, bermula hari ini.


Jumlah itu antara 150,000 pengunjung  yang melibatkan ahli-ahli UMNO dan pengunjung biasa dari seluruh negara  hadir pada  sambutan besar-besaran sempena  ulang tahun parti itu yang berlangsung  selama dua hari, berakhir esok.



Setiap Parlimen menghantar sekurang-kurangnya 500 peserta, terdiri daripada Wanita, Pengerakan Pemuda dan Puteri UMNO dan kedatangan mereka menggunakan 144 buah bas.

Setiausaha UMNO Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehimi Yusof, berkata memandangkan  pada malam ini adalah malam Nifsu Syaaban, penganjur memulakan sambutan  dengan ceramah agama, bacaan yassin dan sembahyang jemaah sebelum memulakan program secara rasmi pada waktu selepas isyak.

Katanya, acara lain termasuk Larian Bendera UMNO bermula seawal Mei dengan dimulai dari Perlis menuju ke Kelantan kemudiannya  Terengganu, Pahang,  Selangor dan  berakhir di tapak sambutan iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Sambutan itu  bertujuan mempamer dan menghargai jasa-jasa UMNO kepada negara sejak parti  itu ditubuhkan selain untuk menggambarkan keyakinan ramai terhadap pucuk kepimpinan Presiden UMNO,  Dato’  Seri Mohd  Najib Tun Abdul Razak.,”katanya.

Tag: