Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata. Foto oleh - Wan Luqmanul Hakim |
Sultan Mizan, yang tiba jam 1.00 tengah hari, turut diiringi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.
Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat Jumaat.