86 Bas Bawa 3000 Pelancong Asean Lawat Terengganu

Seramai 3000 pelancong Asean akan tiba ke Terengganu pada 2 Januari ini sekali gus menyemarakkan lagi sambutan Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.

Jurucakap Sekretariat Visit Beautiful Terengganu 2017 berkata, sebanyak 86 buah bas disediakan untuk membawa pelancong tersebut dari Kuala Lumpur dan seterusnya akan berada di negeri ini selama tiga hari.

Katanya, pelancong-pelancong tersebut antaranya termasuk dari Singapura, Thailand, Myammar serta Filipina.

"Sebaik tiba di negeri ini, mereka dijangka akan menginap di seluruh hotel yang terdapat di Kuala Terengganu iaitu 16 hotel dan resort yang dikenalpasti dan mungkin hampir 2,000 bilik serentak diperlukan.

"Mereka akan dibawa ke tempat-tempat menarik di negeri ini seperti Pulau Warisan, Tasik Kenyir dan pelbagai lagi,"ujarnya pada Taklimat TMT 2017 bersama media di Pejabat Unit Komunikasi Negeri (Ukom), hari ini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Ukom, Ruslan Abdul Rahman.


Tag: