Berita :
Nasi Lemak Moden Harumkan Terengganu Di Pentas Dunia
Nasi Lemak Moden Harumkan Terengganu Di Pentas Dunia
Noraini Jusoh
3 jam yang lepas
90

KUALA TERENGGANU, 25 Mei - Kakitangan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Nazrul Hazel Mohd Nor sekali lagi mengharumkan kan nama Negeri Terengganu apabila dinobat juara dunia Excellent Gold dalam kategori Masakan Nasi Lemak Moden pada kejohanan World Chef Championship (WCCM 26) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru yang berlangsung selama tiga hari berakhir semalam. 

Dalam pertandingan itu Nazrul Hazel turut berjaya membawa pulang anugerah Silver bagi kategori Creative Salmon.

WCCM 2026 menghimpunkan kira-kira 2,300 chef professional dari 10 buah negara.

Manakala bagi kategori yang disertainya, seramai 40 peserta bertanding dalam Creative Salmon dan 35 peserta dalam Modern Nasi Lemak.

Kejayaan tersebut sekali gus membuktikan pengalaman selama 23 tahun dalam bidang kulinari menjadi kelebihan buat dirinya untuk terus bersaing di pentas antarabangsa.

Nazrul Hazel berkata, pencapaian itu amat bermakna buat dirinya lebih-lebih lagi selepas pernah meraih anugerah Gold dalam kategori Pasta Challenge di World Chef Championship 2023.
“Sokongan daripada keluarga, sahabat handai dan paling utama isteri yang sentiasa memahami serta menyokong kerjaya dan jiwa memasak saya amat bermakna dalam pertandingan ini.

“Harapan saya agar dapat mencipta lagi sejarah baru dengan membawa diri ke peringkat lebih tinggi", katanya yang juga bekas tukang masak di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Menurut Nazrul Hazel, dia akan meneruskan bidang kulinari secara lebih mendalam dan lebih serius kerana di sinilah minat dan semangat untuk terus berkembang serta berkarya.

"Kejayaan meraih Excellent Gold Medal adalah pencapaian tertinggi yang menjadi impian saya selama ini, ujarnya. 


Tag :

Ketupat

Artikel Berkaitan