92 Pasukan Bergasak Untuk Julang Juara


Oleh: Hailmey Mansor

KUALA TERENGGANU, 25 Mac- Sebanyak  92 pasukan berentap dalam kejohanan badminton Tertutup Novis B dan Wanita (Jemputan) Terengganu yang berlangsung selama dua hari bermula Jumaat lalu di Dewan Badminton Dato’ Sulong,Wakaf Mempelam.

Penaung Nana Nini Badminton Club (BC), Mohd Fazil Wahab berkata, menariknya kejohanan berkenaan melibatkan 52 regu lelaki dan 40 regu wanita.

"Kejohanan ini ada kelainan apabila ia melibatkan semua usia dan jantina.

"Dan lebih menarik, pertandingan ini juga mendapat kerjasama daripada Pengerusi Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri,  Wan sukairi Wan Abdullah,” ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup dan pembahagian hadiah kepada para pemenang di  Dewan Badminton Dato’ Sulong,Wakaf Mempelam, baru-baru ini.


Mohd Fazil yang juga Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir turut mengharapkan program tersebut dapat mengeratkan lagi hubungan sesama pemain.

"Saya harap para pemain dapat berkenalan sesama mereka dan dapat bertegur sapa apabila bertemu diluar sana,” ujarnya.

Tag: