Sebatan Syariah: Permulaan Terengganu Mendaulatkan Perundangan Islam
Foto : Solahuddin Al Idrus
KUALA TERENGGANU - Kerajaan PAS Terengganu berhasrat untuk membangunkan sebuah akademi dakwah bagi melebarkan dakwah di kalangan penduduk negeri ini dengan lebih berkesan.
Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz kamaruzzaman Abdullah berkata, bagi tujuan itu, 10 kakitangan lelaki dan wanita akan dipilih dari setiap Dewan Undangan Negeri untuk menggalas amanah tersebut.
“Ada satu agensi atau akademik yang diberi nama ADT maksudnya Akademi Duat Terengganu, petugas ini tidak perlu bekerja mengikut masa 8 pagi hingga 5 petang.
“Untuk memperkasakan dakwah sampai ke akar umbi dan ia perlu diambil perhatian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Angkat Sumpah Para Pegawai Baru i-MiTS di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.
Menurutnya, seramai 375 kakitangan baru i-MiTS dari setiap parlimen turut membaca ikrar aku janji sebagai penjawat awam.
Sehubungan dengan itu, beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu berharap mereka yang dilantik supaya bekerja bersungguh-sungguh.
“Tuhan telah beri kita peluang untuk memerintah dan mentadbir negeri ini jadi kita kena kerja bersungguh- sungguh bagi mengisi kemenangan,” tambah beliau.
Sebelum ini i-MiTS mengambil kakitangan seramai 22 orang yang memulakan perkhidmatan pada 1 Ogos yang lalu.
Menurut Kamaruzaman, mereka akan membantu menjana kekuatan kerajaan supaya menepati moto Terengganu Maju Berkat Sejahtera.