lightning-solid
Berita :
Anak Jati DUN Ajil Harumkan Nama Terengganu Di Asean Para Games 2025
Anak Jati DUN Ajil Harumkan Nama Terengganu Di Asean Para Games 2025
Wan Mohammad Omar Ajmain
2 jam yang lepas
74

HULU TERENGGANU, 25 Januari - Muhammad Azaruddin Mat, anak jati kelahiran Kampung Felda Jerangau Barat, Ajil, berjaya melakar sejarah selepas merangkul pingat perak dalam acara Para Memanah (Men’s Double Recurve) di temasya Asean Para Games 2025 yang berlangsung di Thailand baru-baru ini.

WhatsApp Image 2026-01-25 at 4.05.24 PM (2).jpeg 103.46 KB

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim menzahirkan rasa bangga dalam hantaran di Facebook yang menyifatkan pencapaian tersebut membuktikan bahawa latar belakang luar bandar bukan penghalang untuk melakar sejarah di peringkat antarabangsa.

"Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada saudara Muhammad Azaruddin. Beliau telah membuktikan bahawa semangat kental dan usaha tanpa jemu mampu membawa anak jati dari kawasan luar bandar ke podium antarabangsa.

“Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan buat negara, malah merupakan satu inspirasi besar buat seluruh rakyat Terengganu, khususnya komuniti di Hulu Terengganu,” tegas beliau.
WhatsApp Image 2026-01-25 at 4.05.24 PM (1).jpeg 160.59 KB
Muhammad Azaruddin yang berpasangan dengan Suresh Selvatamby dalam acara Para Memanah kategori Men’s Double Recurve mempamerkan prestasi konsisten sepanjang saingan sebelum mengesahkan pingat perak menjadi milik Malaysia.

Mengulas lanjut, Maliaman yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri berharap agar kejayaan tersebut menjadi pemangkin semangat buat lebih ramai bakat muda di Terenggan untuk terus berusaha menceburkan diri dalam bidang sukan.

"Kita mendoakan agar beliau terus cemerlang dan konsisten untuk memburu lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha anak muda yang berjiwa besar sebegini demi mengharumkan nama Terengganu Darul Iman," katanya.


Artikel Berkaitan