Adun Belia Desak Persekutuan Tidak Khianat Royalti Terengganu
KUALA TERENGGANU, 24 September - Peminat sukan sepak takraw dijemput hadir beramai-ramai menyaksikan Sirkit kedua Liga Sepak Takraw (STL) pada GP Terengganu yang bermula hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim, menyeru rakyat Terengganu hadir beramai-ramai menyokong pasukan Terengganu Turtles yang akan menentang Penang Black Panther pada jam 9.30 malam ini di Stadium Tertutup Gong Badak Kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Menurutnya, Bagi GP Terengganu, pasukan tuan rumah juga akan menghadapi Bomba Fighter dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C pada malam esok.
"Pastinya, persaingan dan perlawanan yang penuh dengan aksi menarik dari setiap pasukan dalam Kejohanan STL 2024.
"Sama-sama kita mengunjungi dan menonton perlawanan ini. Pastikan kita memberikan sokongan penuh buat pasukan tuan rumah, Terengganu Turtles," jelasnya melalui hantaran terbaru di Facebook peribadinya, hari ini.
Terengganu Turtles kini berada di kedudukan ketujuh STL Premier setelah saingan sirkit pertama GP Selangor, dengan 10 mata.