Dr Azman Ibrahim. |
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berharap peruntukan itu disalurkan secara adil ke semua negeri bagi menarik minat dan penglibatan golongan muda menceburi bidang agro-makanan.
"Kita ingin golongan muda melihat industri tani sebagai kerjaya manusia yang berjaya kerana masa depan agro-makanan bergantung kepada mereka.
"Kita harus membuka mata generasi muda supaya melihat pertanian sebagai bidang kerjaya yang bermutu dan menyedari pertanian adalah perniagaan," ulasnya.
Beliau juga menyokong peruntukan keseluruhan RM117 juta bagi tiga fokus utama sektor pertanian terdiri dari kajian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) (RM47 Juta), Automasi Industri Makanan serta Keusahawanan (RM 18 Juta) dan Latihan Industri Tani yang disifatkan mampu memacu sektor pertanian negara ke satu tahap yang lebih baik.
"Peruntukan kepada sektor pertanian bermakna peruntukan untuk menjamin 'food security' bagi negara.
"Tetapi, faktor kegagalan projek-projek industri pertanian negara sebelum ini perlu diteliti dan diambil kira sebaiknya sebelum bajet disalurkan dan dibelanjakan.
"Langkah ini perlu diambil supaya kita tidak mengulangi kesilapan ibarat mencurah garam ke laut yang tak memberi apa-apa kesan dan hasil.
"Perancangan yang baik, pemilihan peserta yang tepat, berminat, berkemahiran serta berdaya tahan ditambah dengan pelaksanaan dan pemantauan yang teratur akan menjadi antara faktor kejayaan dalam sektor ini," ujarnya.