• 06 Nov 2024 | 04 Jamadil Awal 1446

Bangunan Runtuh : Pasukan Penyelamat Masih Mencari Mangsa Terakhir

BESUT, 9 November - Misi mencari mangsa terakhir dalam satu kejadian runtuhan bangunan di sebuah resort di Pulau Perhentian masih giat dijalankan sehingga kini oleh pasukan penyelamat.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, operasi itu membabitkan 84 anggota.

"Empat mangsa diselamatkan pagi tadi, manakala dua pekerja lelaki warga Indonesia berjaya diselamatkan petang ini.

"Masing-masing berusia 33 dan 48 tahun dan kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Besut," katanya kepada media.

Sementara itu ADUN Kuala Besut, Azbi Salleh turut hadir ke lokasi kejadian untuk memberikan sokongan dalam usaha mencari mangsa terakhir yang belum ditemui.

"Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak berkuasa yang bertungkus lumus mencari mangsa terakhir.

"Terutamanya Bomba, Polis dan Jabatan Pertahanan Malaysia (APM). Harapan saya semoga mangsa terakhir ini ditemui dalam keadaan selamat," ujar beliau.

Terdahulu, laporan diterima pada jam 6 pagi dari orang awam yang memberitahu tentang runtuhan di resort tersebut yang melibatkan tujuh mangsa.

Hasil siasatan awal menunjukkan bahawa ketika penyelia sedang tidur, dia terdengar bunyi dentuman dari bangunan restoran yang runtuh.


Tag: