'Royalti Bukan Hak Terengganu?, PAN Jangan Jadi Pengkhianat'
KUALA TERENGGANU, 5 November -Tengku Seri Bijaya Raja, Dato' Seri Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil secara rasmi menamatkan perkhidmatannya sebagai Setiausaha Kerajaan Terengganu, semalam.
Diberi amanah mengemudi penjawat awam Negeri Terengganu sejak 2021, Tengku Seri Bijaya Raja melaksanakan tugas selama tiga tahun selaku Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu ke-26.
Beliau yang memulakan perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir Negeri pada Februari 1991, meletakkan ibu jari pada sistem kehadiran biometrik tepat jam 5.00 petang menamatkan 33 tahun khidmatnya sebagai penjawat awam.
Melengkapkan hari terakhirnya di Wisma Darul Iman, Tengku Seri Bijaya Raja melawat setiap jabatan dan bahagian bertemu mata buat kali terakhir.
Beliau ditemani isteri, To' Puan Seri Nor Zaini Abd Latif juga sempat merakamkan kenangan dan menitipkan pesan kepada staf-staf sebelum meninggalkan Wisma Darul Iman diiringi konvoi motosikal.
Pegawai Kewangan Negeri sebelum ini, Dato' Nara Setia, Dato' Zulkifli Ali dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu berkuatkuasa secara rasmi, hari ini.