• 19 Sept 2024 | 15 Rabiul Awal 1446

Banjir : MB Puji Komitmen, Kerjasama Tangani Bencana


Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berterima kasih dengan komitmen dan berpuas hati dengan kerjasama semua agensi bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir di negeri ini. 

Katanya, kerajaan negeri membuat persiapan awal bagi menghadapi banjir itu dan agensi berkaitan bertindak dengan lancar. 



"Sehingga kini, seramai 11, 638 iaitu 3,591 keluarga berpindah di 141 pusat perpindahan di negeri ini, " katanya.

Beliau tiba di Bandar Permaisuri, Setiu kira-kira jam 10.30 pagi ini untuk melawat beberapa kawasan yang terjejas di daerah itu.

Ahmad Razif diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Wan Nawawi Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Mohd Jidin Shafie yang juga Adun Permaisuri.

Turut menyambut beliau ialah Adun Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor; Adun Jabi, Mohd Iskandar Jaafar; Pegawai Daerah Setiu, Mohd Shahidan Embok dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Rosdi Awang.



Menteri Besar kemudiannya diberi taklimat mengenai keadaan semasa banjir oleh Pegawai Daerah Setiu sebelum beliau ke pusat pemindahan di Perpustakaan Daerah di Bandar Permaisuri.

Di pusat itu, Menteri Besar sempat berbual mesra dengan mangsa banjir dan menghulur sumbangan. 

Beliau kemudiannya pusat pemindahan di Masjid Lama Bandar Permaisuri.

Menteri Besar juga bertemu dengan 154 mangsa pemindahan banjir di Kampung Tasek yang terletak kira-kira 2.5 kilometer dari Bandar Permaisuri.

Ahmad Razif berkata, sehingga kini seramai 11, 638 iaitu 3,591 keluarga berpindah di 141 pusat pemindahan di seluruh negeri ini.


Tag: